poslat odkaz na aplikaci

JelitaSARA


4.0 ( 6480 ratings )
Obchod
Vývojář: SME Cloud Sdn Bhd
Zdarma

Tudung Online JelitaSARA merupakan ilham sepasang sepasang suami isteri iaitu Saudari Pn Erven Sarasendy dan Saudara Wan Zaki. Beroperasi secara konsep ‘Small Office Home Office’ (SOHO), Tudung Online JelitaSARA telah dilancarkan secara officialnya pada 22nd July 2009. Ya, Tudung Online JelitaSARA sememangnya hanya beroperasi secara online 100% dan pada masa sekarang telah pun mempunyai 20 ‘Authorized Dealer’ di seluruh Malaysia. Dengan Konsep Butik secara maya, Alhamdulillah…Tudung Online JelitaSARA telah berjaya membuat penghantaran lebih 200,000++ helai tudung sejak ia di bangunkan dan semua tudung telah selamat di hantar kepada pelanggannya.

JelitaSARA yakin dengan beroperasi secara online, JelitaSARA mampu memberikan ‘value add’ kepada pelanggannya dengan servis yang cepat dalam penghantaran dan juga layanan mesra melalui dalam talian. Malah, keselesaan pelanggan yang hanya ‘shopping’ secara online bersama jelitasara membuatkan JelitaSARA lebih yakin dengan pendekatan pemasaran melalui internet dan beroperasi secara online 100%.

Alhamdulillah.. pada tahun 2012, JelitaSARA telah pun muncul di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan juga telah mula muncul di dalam majalah Nona. Berkat sokongan fans JelitaSARA, InsyaALLAH, JelitaSARA akan lebih maju di dalam menghasilkan tudung tudung yang lebih Ekslusif dan meletakkan status Tudung Online setaraf dengan jenama lain di luar sana.

Ciri-ciri eksklusif apps ini ialah:

- Tekan dan Dial
- Fungsi GPS untuk ke lokasi kami
- Online Ordering dari Apps sahaja
- Submit Photo untuk cabutan bertuah
- Youtube video untuk cara membeli belah